SE7EN @ Tun Dr Ismail

Kediaman mewah yang tiada siangan. Segala yang Ipoh hidangkan di hujung jari anda.

Kepada sesiapa yang mengidamkan sesuatu kehidupan yang mewah, SE7EN merupakan pilihan utama anda di Ipoh.

Setiap unit dicipta dengan teliti untuk dengan mengutamakan kawasan peribadi sendiri serta memastikan keselesaan penghuni-penghuni SE7EN. Dilengkapi dengan kemudahan peralatan dapur rekaan Eropah, unit-unit di SE7EN memberi peluang kepada pembeli untuk menyajikan dan melayani tetamu mereka dengan penuh keyakinan.

Selain itu, siling semua unit setinggi 12 kaki dan dilengkapi dengan alat penghawa dingin bagi memastikan keselesaan penghuni.

Sistem kekunci pintu digital dan pengawalan 24 jam juga disediakan untuk menjaminkan keselamatan penghuni di SE7EN.

Untuk kemudahan, setiap unit disediakan dengan kelab keahlian sosial perseorangan di Kelab Golf Diraja Perak, sebuah kelab golf exclusif dengan 'affiliation' tempatan serta antarabangsa, seperti kepada Kelab Golf Diraja Selangor, Singapore Island Country Club, Hong Kong Golf Club, dll.

Lokasi Strategik + Ideal

SE7EN berlokasi di Jalan Tun Dr. Ismail (sebelum ini, dikenali sebagi Thompson Road) dibina di atas 1.55 ekar tanah pegangan bebas. Terletak di suatu kawasan exclusif di pusat Bandaraya Ipoh, SE7EN menawarkan pelbagai kemudahan hiburan, rekreasi dan makanan. Kelab Golf Diraja Perak,Kelab Lumba Kuda Perak dan Padang Polo Ipoh hanya beberapa jarak perjalanan sahaji. Sekolah Antarabangsa Ipoh juga berhampiran.

Segala keperluan membeli-belah dapat dipuaskan, di Kinta City (Jusco), Ipoh Parade dan Tesco. Kesemua pusat membeli-belah ini terletak dalam lingkungan kurang daripada 3km. Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Azlan Shah juga hanya 5 minit dari SE7EN. Dengan penerbangan setiap hari dari/ke Singapura, anda sempat ke segala dunia tanpa bertolak ke KLIA. Proses menaikitaraf Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Azlan Shah sedang dijalankan.

Hospital swasta - Hospital Pakar Komuniti Perak, Ipoh Specialist Hospital, Hospital Pantai Putri dan Hospital Fatimah - teletak hanya beberapa minit dari SE7EN untuk memuaskan keperluan kesihatan anda.

Ciri-ciri Utama

  • terdiri dari hanya 37 unit sahaja pada 1.55-ekar tanah pegangan bebas
  • keluasan lantai yang besar - 1,400 kaki persegi ke 3,600 kaki persegi
  • 2 tempat letak kereta untuk setiap unit
  • setiap unit diberikan satu keahilian ke Kelab Golf Diraja Perak
  • penghawa dingin untuk semua unit
  • pemanas air unit semua unit dan pemanas air solar untuk unit penthouse
  • kabinet dapur dengan peralatan dapur dari Eropah
  • kawalan keselamatan 24-jam dengan CCTV
  • sistem kekunci digital
  • low rise dengan servis lif kepada setiap unit

Gambar

Tekan sini untuk gambar-gambar unit contoh di SE7EN.

Kunjungilahlaman Facebook kami untuk gambar-gambar progres.

Pelan Lantai

Walaupun terdiri daripada 37 unit sahaja, SE7EN menawarkan pelbagai pelan lantai, dari 1,400 kaki persegi ke 3,600 kaki persegi untuk unit penthouse untuk pilihan.

Kami pasti SE7EN ada sesebuah unit yang mengatasi harapan anda.